Ayam Dindings Distribution

20 Nov 2020 – Hari ini, 2000 ekor ayam hasil sumbangan Malayan Flours Mills Bhd iaitu Ayam Dindings berjaya disumbangkan kepada 24 tempat dan mempunyai lebih 1400 penerima. Ayam-ayam ini kemudian disalurkan kepada :

1. PPR Kota Damansara
2. Gugusan Siantan Kota Damansara
3. Flats Lestari Perdana, Puchong
4. Flats Damansara Damai
5. Rumah Anak Yatim Kubu Gajah
6. PPR Lembah Subang 1 7. PPR Pinggiran Jalil
8. PPR Ken Rimba Jaya
9. PPR Seksyen 20 Shah Alam
10. Flats Desa Keramat
11. Persatuan WITUS (Batu Caves)
12. PPR Lembah Subang 2
13. Saujana Utama & Kuala Selangor
14. Saffiyah Home Puncak Alam
15 Pondok Mahfuzah Batang Kali
16 Rumah Anak Yatim Sri Kundang
17. Rumah Penjagaan Asy Shakur
18. Tahfiz Rohingya Kota Damansara
19. Flat2 Seksyen 7, Kota Damansara
20. APM Petaling
21. Bukit Beruntung
22. PPR Batu Muda KL
23. Kampung Gesir Tengah, Hulu Selangor
24 .Kampung Kuang

Encik Azhari Arshad (Director, Business Development and Corporate Affairs) MFM Bhd turut mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Beliau turut berharap bahawa program seperti ini dapat memberikan impak dan kesan positif dalam membantu mengurangkan beban penerima, lebih lebih lagi ketika Pandemik Covid19 yang sedang melanda negara kita.

Semua hasil usaha ini tidak dapat kami jayakan tanpa kerjasama daripada Sahabat Jariah Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan. Terima kasih juga kepada barisan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia cawangan Petaling kerana turut memberikan kerjasama dalam melancarkan program ini.

Kami berharap, dengan bantuan sumbangan ini dapat meringankan lagi beban yang ditanggung oleh penerima, lebih lebih lagi ketika pandemik Covid-19 ini. Sekali lagi,Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#MalayanFlourMillsBerhad #YayasanFoodBankMalaysia #SahabatJariahMalaysia #YayasanBasmiKemiskinan #covid19 #AyamDindings #PKPB #CMCO #YFBM
Share to others!
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram