Pilih Bahasa : English | Bahasa Melayu

0
Isi Rumah

0
Pelajar Universiti

0
Universiti

0
Pasaraya

TENTANG KAMI

Bagi meringkankan kesan kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan dalam kalangan rakyat, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan satu inisatif berkebajikan iaitu Program Food Bank Malaysia.

Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng, bagi pihak Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, telah melancarkan Program Food Bank Malaysia pada 22hb Disember 2018, bertujuan mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat, terutamanya dalam kumpulan B40.

Selaras dengan itu, bagi memastikan pengurusan lebihan makanan dan pelaksanaan Program Food Bank Malaysia lebih sistematik dan teratur, Kerajaan telah melancarkan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Yayasan Food Bank Malaysia. Yayasan ini adalah sebuah badan kebajikan yang diletakkan di bawah bidang tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan diurustadbir oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah berpandukan Surat Ikatan Amanah bertarikh 22 Disember 2018 yang didaftarkan di bawah Seksyen 2, Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258].

Yayasan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha Kerajaan mengurangkan pembaziran makanan di samping menangani isu peningkatan kos sara hidup rakyat khususnya golongan kurang berkampuan atau B40.

BANTU KAMI

Setiap sumbangan akan digunakan untuk memberi makan orang yang layak

Close Menu