Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Food Bank Siswa Program Launching

SUNGAI BESI, 4 OKTOBER 2019 –Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi destinasi ke-17 program Foodbank Siswa dalam misi menyalurkan bantuan lebihan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan dan pada masa yang sama membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh mereka.

Seramai 200 pelajar dikenal pasti bagi menerima sumbangan melalui program ini yang dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Program Food Bank Siswa atau dikenali di UPNM sebagai Food Bank Satria menggunakan konsep Food Pantry dan digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut.

Cadangan Mesyuarat majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 15 Februari tahun ini agar pelaksanaan Food Bank Malaysia diperluaskan ke seluruh institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kini dikenali sebagai Food Bank Siswa.

Sumber : KPDNHEP

Maklumat Asas
Tarikh : 4 Oktober 2019
Tempat : UPNM Sg Besi
Penerima : 255 pelajar
Konsep : Food Pantry
Penyumbang : Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol), 99 Speed Mart Sdn. Bhd., Lulu Hypermarket & Department Store, The Lost Food Project, Food Aid Foundation, Sunway Berhad, Legasi Z Sufi Marketing
  Sasaran 20 IPTA untuk tahun ini hampir menjadi realiti sebelum ia diperluaskan ke 123 IPT, Politeknik, Institut Pendidikan Guru (IPG) tahun hadapan.
Share to others
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram